
''ALHAMDULILLAH, HASIL SUMBANGAN ANDA LOLA SI KELABU JALANAN DAPAT DISELAMATKAN .''
MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI MAKANAN, UBAT-UBATAN DAN KOS RAWATAN SECARA BERTERUSAN KEPADA ANJING/KUCING JALANAN
|
Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala yang berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini kelak.
Saudara dan saudari semua;
Islam mengajarkan umatnya untuk berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan. Ini sepertimana dalam firman Allah SWT dalam al-Quran:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Surah al-An’am: 38)
Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR?
- Bagaimanakah keadaan anak kucing yang tinggal keseorangan ditempat yang tidak dikenali tanpa ibu bapa?
- Bagaimana Si Kecil ini makan dan minum untuk teruskan hidup?
- Bagaimana Si Kecil ini tidur pada waktu malam yang hujan kesejukan tanpa dinding?
Moga asbab bantuan anda dapat menyelamatkan mereka, kucing-kucing dan anjing yang bernasib malang ini untuk meneruskan hidup.
Adab dan akhlak yang perlu diamalkan terhadap haiwan dan binatang ialah:
Memberinya makan dan minum apabila haiwan itu lapar dan haus, kerana Rasulullah s.a.w bersabda :
"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)"
(Riwayat Bukhari no. 2363)
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”. [Riwayat al-Bukhari (2363)]
Dengan asbab memberi minum kepada seekor anjing, seorang pemuda dimasukkan ke dalam syurga. Ganjaran syurga Allah SWT bukan terletak pada berapa banyak Amal Ibadat yang kamu kerjakan tetapi dengan Rahmat Allah SWT. Sekecil zarah sekalipun amalan perbuatan kita, dihitung oleh Allah SWT.
Mungkin dengan kita membantu Makhluk-makhluk seperti kucing dan anjing terbiar, kita mendapat ganjaran syurga. Tidak semestinya kita sendiri yang perlu turun padang untuk memberi bantuan, namun dengan bersedekah sedikit daripada rezeki kita kepada mereka yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, turut dikira sebagai amal kebajikan.
![]()
Seperti yang kita sedia maklum, "Kes pembuangan kucing, anjing kini tiada titik penyudah. Setiap hari, akan ada kes mereka dibuang dimana-mana tempat." Segelintir masyarakat kita sudah hilang pertimbangan dan belas kasihan terhadap haiwan. Mereka memelihara kucing, anjing hanya untuk kesenangan semata, apabila timbul masalah, kucing bunting atau berpenyakit, dibuangnya kucing dan anjing peliharaan tersebut.
Yang paling menyayat hati, baru-baru ini digemparkan dengan penemuan hampir 20 ekor kucing yang mati diracun di tepi pantai. Dipercayai kucing-kucing tersebut merupakan kucing perliharaan seseorang kerana masih ada rantai pada leher dan juga baka dan warna yang hampir sama.
![]()
Pilu hati mengenangkan nasib haiwan-haiwan jalanan/terbiar di luar sana. Tiada siapa yang ambil kisah akan keselamatan dan keadaan mereka. Mereka yang baru dibuang, akan disisihkan oleh kucing-kucing setempat. Ada yang kelaparan kerana tidak pandai mencari makan sendiri, ada juga yang mati dilanggar sejurus dibuang.
SIAPA KAMI?
Kami, PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN PRIHATIN MALAYSIA (PBHPM) ditubuhkan untuk membela nasib haiwan-haiwan yang kurang bernasib baik seperti kucing dan anjing jalanan.
Kebiasaanya, haiwan-haiwan ini dipandang sebelah mata sahaja. Namun, pada hakikatnya ada diantara haiwan ini telah diseksa dengan teruk seperti dijirus air panas, dipotong kaki dan sebagainya. Ada diantara mereka beralasan bahawa haiwan ini menggangu ketenteraman awam, merosakkan perniagaan dan sebagainya.
Persoalannya, di manakah nilai kemanusiaan yang telah dianugerahkan Allah kepada kita? Sanggupkah kita membiarkan perkara seperti ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan?
MISI DAN VISI KAMI
Misi
- Memberi makanan dan minuman kepada haiwan jalanan yang kebuluran dan kelaparan
- Memberikan rawatan serta ubatan kepada haiwan jalanan supaya mereka sihat
- Menyediakan Pusat Perlindungan haiwan terbiar/jalanan untuk mereka berteduh dan menjalani kehidupan sempurna
Visi
- Membela nasib haiwan jalanan supaya mereka dapat hidup bahagia seperti makhluk ciptaan tuhan yang lain
- Mengawal populasi haiwan jalanan supaya lebih terancang
- Meningkatkan kesedaran masyarakat supaya menyayangi haiwan jalanan
![]()
PEMBIAYAAN MAKANAN, UBAT-UBATAN, KOS RAWATAN SERTA PEMBINAAN SHELTER
Pihak kami sentiasa mengharapkan sumbangan anda berterusan supaya dapat menampung pembiayaan makanan, ubat-ubatan, serta kos rawatan haiwan jalanan terutama anjing dan kucing.
1. Kami juga berbesar hati menggalakkan lebih ramai lagi yang menyumbang supaya usaha ini dapat diperluas ke negeri-negeri lain sehingga ke seluruh Malaysia, Inysa-Allah.
2. Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk fizikal seperti makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa untuk meneruskan aktiviti ini.
3. Oleh itu, pihak kami membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk sama-sama mengumpul saham akhirat bersama-sama.
INFO SEMASA AKTIVITI BANTUAN HAIWAN PRIHATIN
Alhamdulillah, aktiviti kesukarelawan telah mula dijalankan semenjak bulan April yang lalu sehingga kini. Ekoran masalah ekonomi Negara rentetan virus COVID-19, ia bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malahan haiwan terbiar/jalanan seperti anjing dan kucing turut terkesan.
Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat banyak kucing dan anjing jalanan mati kelaparan. Haiwan ini bergantung 90% makanan daripada manusia selain memburu makanan sendiri. Apabila PKPP dijalankan, haiwan ini kehilangan punca makanan dan seterusnya mati kelaparan.
Kami mengambil inisiatif ini untuk turun ke padang dan membantu memberi bantuan makanan, ubat-ubatan serta rawatan bagi yang memerlukan. Selain membantu anda mengumpul saham akhirat yang berpanjangan.
Sesungguhnya seekor kucing itu datang dengan Malaikat yang membawa rezeki.
Kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar kehidupan tuan/puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.
ANTARA GAMBAR DAN VIDEO SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
![]()
PUSAT PERLINDUNGAN KUCING JALANAN/TERBIAR TERBESAR BAKAL DIBINA
Alhamdulillah berkat hasil sumbangan anda, Pihak kami telah membeli tanah seluas 2 Ekar di Kampung Raja, Besut, Terengganu untuk dijadikan Sebagai Pusat Perlindungan Kucing Terbiar.
Kami mengharapkan sumbangan anda berterusan bagi menjayakan Pusat Perlindungan ini yang boleh menampung ribuan ekor kucing supaya terbela dan terjaga.
Kami juga meminta rujukan dan pandangan dari pakar-pakar dari Jabatan Veterinar Terengganu, Fakulti Perubatan Veterinar UMK, sukarelawan dan pengusaha-pengusaha 'shelter' yang lain.
ANGGARAN JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang merangkumi makanan, kos ubat-ubatan, kos rawatan anjing/kucing jalanan yang berterusan dan termasuk pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Terbiar di atas tanah seluas 2 Ekar.
Jika berkesempatan, kami, Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin juga ingin membuka peluang kepada sesiapa untuk menjadi sukarelawan dari pelbagai negeri. Namun kerana kekurangan dana, misi ini hanya dapat dijalankan di beberapa kawasan sahaja..
Terdapat 18 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Kelantan dan Terengganu.
*Selebihnya akan digunakan bagi membiayai kos pembinaan Pusat Perlindungan Kucing Jalanan/Terbiar di Kampung Raja, Besut, Terengganu.
KE MANA DANA ANDA DISALURKAN?
"Impian kami besar, Dana kami kurang"
- Shelter: Shelter centre (dalam proses pembinaan)
- Pengurusan: Pengurusan BHP
- Makanan: Bantuan makanan kepada orang awam & Sukarelawan
- Tempat Tinggal: Office & Shelter sementara
- Rawatan & Ubat-ubatan: Kos rawatan kucing sakit di office, shelter sementara, & kepada orang awam
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti di bawah:
+ PAKEJ TAJAAN PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN - RM 100
+ PAKEJ TAJAAN MAKANAN HAIWAN TERBIAR - RM 50
+ PAKEJ TAJAAN RAWATAN HAIWAN TERBIAR - RM 50
+ PAKEJ SUMBANGAN IKHLAS - RM 20
Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak, serta dipanjangkan umur dalam redha ilahi dengan keberkatan sedekah jariah ini.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 01157089057 (Bantuan Haiwan Prihatin)
Bagi yang berminat untuk mengetahui sebarang info & update aktiviti boleh join :